Pages

:: any2? ::

Tuesday, January 24, 2012

:: untuk terus mengingatiNya ::

Senyum dan terus senyum. Lately byk cerita. Cerita pasal anak2 memang banyak. Cerita yang tak berkesempatan untuk diceritakan dalam blog ini. Dari sudut gembira, Rayyan dah mula bersekolah tahun ini (4 tahun) bersama Riyad (6 tahun) di Little Caliph. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, mereka berdua dah pandai solat. Tahu bacaannya, tertibnya, juga pandai berzikir! Bila balik rumah, rajin betul anak2 mommy ni nak buat exercise book. Rajin juga solat berjemaah. Alhamdulillah... Audelia? Masih tinggal di rumah nenek dan atok. Hujung minggu baru dapat peluk cium. Bohong la kalau mommy dan daddy tak rindu. Abang2 pun rindu. Tapi buat masa ni biarlah tinggal dulu kat sana. Kenapa kat sana? Semuanya bermula selepas Audel kena warded hujung November 2011. Kami satu family berkampung di An-Nur waktu itu. Dan hingga kini belum bersedia untuk hantar semula Audel ke taska (Bondamama). Cerita lagi, Rayyan dijangkiti HMFD (Hand Mouth Foot Disease). Berjangkit pula kat Audel yang waktu itu dijaga nenek dan atok kat rumah AS (Alam Sari). Hhmm.. bukan mengeluh tapi menarik dan melepaskan hela nafas. Airmata menitik ada ketikanya. Allah sahaja yang tahu apa tersirat. Senyum dan terus senyum. Ikhtiar untuk pulih. Alhamdulillah bila doa didengariNya. Hari ini, kami berkampung lagi di An-Nur. Tapi kali ini bukan hanya Audel, tapi Riyad dan Rayyan pun. Bertiga kena muntah2 dan cirit birit. Rotavirus barangkali. Riyad dulu yang kena, berjangkit Audel dan tak ketinggalan Rayyan. Package wabak bila dah tinggal sebumbung. Riyad dah 2 malam dijaga daddy di wad. Hari ini yang lain mengikut termasuk mommy yang akan menemani semua anak2 di wad. Doa dan terus berdoa...


Duduk di wad mungkin dapat menambah entry yang sudah bertajuk dan isi2 penting dalam kepala mommy ni. Nantilah, dikeluarkan satu2 bila mampu. - Posted using BlogPress from my iPhone